Assalamualaikum dear all beloved customers, we have moved to a new and improved website, equipped with shopping cart and login features. All new stocks will be updated in the new website but we will also announce it in this blog.. If you wish to shop or making an order for Batik online, please proceed to our official website at www.alkhattabbatik.com. This blog will still be updated for batik information, latest offer and announcement. Thank You :-)

Saturday, 11 May 2013

Temui AlKhattab Batik di Seminar Muslimah In-Trend - Inspirasi & Aspirasi Bidadari Dunia

Assalammualaikum semua


Mohon maaf berbanyak-banyak sebab dah terlalu lama AKB tak update blog ini. Maklumlah, Siti dan Anas baru saja mendirikan rumahtangga, jadi banyak juga perkara-perkara yang harus diselesaikan. Walaubagaimanapun, setiap perkembangan AKB sentiasa di 'update' facebook page kami www.facebook.com/alkhattabbatik.

Jadi entri kali ini, untuk kongsi informasi dengan anda semua. AKB akan menemui anda di jualan perkarangan sempena Seminar Muslimah In-Trend - Inspirasi & Aspirasi Bidadari Dunia pada 12 Mei 2013 ini berlokasi di Dewan Tabung Haji, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur... Seminar anjuran Telaga Biru Training  ini akan berlangsung dari Jam 9.00 Pagi - 6.00 petang..

AlKhattab Batik insha Allah pertama kali akan bawakan kepada anda, khususnya wanita Muslimah Batik terbaru kami, iaitu Batik Muslimah kontemporari yang patuh syariat serta rekaan terkini sesuai dengan trend Batik segar yang lebih sederhana.

Jangan  lupa ya? Besok, 12 Mei 2013 di Dewan Tabung Haji bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, Seminar Muslimah In-Trend. Antara selebriti yang bakal hadir adalah Wardina Safiyyah dan Heliza Helmi.

Oh iya, kepada sesiapa yang ingin daftar last minute, mungkin boleh hadir sahaja sebelum 9 pagi itu, kerana pembayaran boleh dibuat sebelum pendaftaran. Antara butiran seminar :

INPUT SEMINAR
- Kenali Diri Serlahkan Pesona
- Komunikasi Anggun Bidadari
- Bicara Selebriti Hijrah : Berubah atau Rebah
- Fesyen Show : Tiru Macam Saya   - Antara Trend dan Syariat
- Idolaku Khadijah, Aisyah & Fatimah

Yuran  :RM90.00 seorang (pelajar IPT & 50 peserta pertama dewasa)          
RM150.00 seorang (pembayaran sebelum 30 April 2013)          
RM250.00 seorang ( pembayaran dari 1 Mei 2013)

Alumni TBTC layak mendapat diskaun 10% dari harga normal RM250.00 seorang

Tarikh tutup pembayaran : Pembayaran mesti dibuat sebelum daftar.
Hubungi 03-6274 2424 untuk sebarang pertanyaan. :)


0 comments:

Post a Comment

Order Form