Assalamualaikum dear all beloved customers, we have moved to a new and improved website, equipped with shopping cart and login features. All new stocks will be updated in the new website but we will also announce it in this blog.. If you wish to shop or making an order for Batik online, please proceed to our official website at www.alkhattabbatik.com. This blog will still be updated for batik information, latest offer and announcement. Thank You :-)

Tuesday, 28 May 2013

AKB di Program Syariat itu Mudah, Kahwin itu Indah

Assalammualaikum

AKB kongsikan gambar-gambar sepanjang kami buka booth di program SIMKII anjuran Assohwah Events pada 26 Mei yang lepas. Best sangat sebab Prof Dr Muhaya dan Ustaz Don banyak kongsikan tips, nasihat, pengalaman dan idea bagi kita muslim dan muslimah untuk kita aplikasikan dalam kehidupan khususnya rumahtangga.

Prof Muhaya pesan, sentiasalah kita bersyukur. Bangun pagi, lihat sekeliling, ucap syukur pada Allah atas nafas yang diberi, oksigen, katil, bantal, baju, makanan, air, anak-anak, isteri, suami, kereta, rumah, tv dan every single thing. Ucap syukur, say it.

Oh, lupa nak beritahu. Ini kali kedua AKB berkolaborasi dengan Galeri Muslimah Impian Mimihttp://myjubah.com/  Pertama kali pulak kami semua berkolaborasi dengan Ku-Kiss Kitchen.


AlKhattab Batik - Batik Muslimah Online Pertama di Malaysia..Alhamdulillah


Deretan pelbagai pilihan kaftan Batik AKB

Peserta seminar

Siti AKB dan Kak Syu (boss Ku-Kiss Kitchen) berbual-bual sambil kunyah choco chips. Sedappp....

Peserta seminar lagi.. Panjang beratur..

Ruang meniaga kami

AKB pun tumpang mendengar ceramah dari Ustaz Don


600+ peserta menghadiri seminar ini

Saturday, 18 May 2013

Program Syariat itu Mudah, Kahwin itu Indah -- Prof Dr Muhaya dan Ustaz Don Daniyal

Assalammualaikum semua..


Insha Allah, pada 26 Mei ini AKB sekali lagi akan bertemu dengan anda... Kali ini AKB akan turut serta di booth niaga sempena program anjuran As-Sohwah, 'Syariat itu Mudah, Kahwin itu Indah'..

Pengisian yang bakal dikongsikan oleh ahli panel yang memang kita paling sukalah, siapa lagi kalau bukan Prof Dr Muhaya dan Ustaz Don Daniyal.. Haaaa, mesti ramai yang teruja lepas baca ni kan..? Especially kepada pasangan bakal, belum atau pun sudah berkahwin...

Cepat-cepat, mungkin masih belum terlambat untuk daftar...

Sambil kita menuntut ilmu, jangan lupa singgah di booth AKB juga ya..? Ada Azzahra Batik Shawl dan juga favourite jubah batik muslimah dari AKB.. Design terbaru.. Kalau nak tengok, try dan beli, datang ramai-ramai 26 Mei ini di Institut Latihan, DBKL, Bdr Tun Razak KL ok? Hehe... :)

Sekitar Program Muslimah In-Trend, Dewan Tabung Haji

Assalammualaikum semua.. AKB kongsikan gambar kenangan sewaktu Program Muslimah In-Trend yang berlangsung 12 Mei lepas. Sorry sangat-sangat sebab AKB agak sibuk kebelakangan ni, jadi jarang juga boleh update blog. Apa-apa pun, layari laman facebook kami, www.facebook.com/alkhattabbatik untuk mengetahui update / perkembangan terbaru kami ya..?

Layannn dulu gambar di bawah (maaf banyak-banyak kalau ada si gadis manis berbaju merah yang sibuk tu..hihi.... :)




Azzahra Batik shawl khas dari AKB

Batik Cotton AKB

Siti AKB bersama Cik Puan Heliza Helmi. Waah, beza tak saya dgn Heliza?..hihi.. 
(oh,iya..Siti pun menggayakan Azzahra Batik Shawl AKB)

Bertemu kembali setelah bertahun tak ketemu dengan Sis Wardina Safiyyah.. Rindunyee..

Saturday, 11 May 2013

Temui AlKhattab Batik di Seminar Muslimah In-Trend - Inspirasi & Aspirasi Bidadari Dunia

Assalammualaikum semua


Mohon maaf berbanyak-banyak sebab dah terlalu lama AKB tak update blog ini. Maklumlah, Siti dan Anas baru saja mendirikan rumahtangga, jadi banyak juga perkara-perkara yang harus diselesaikan. Walaubagaimanapun, setiap perkembangan AKB sentiasa di 'update' facebook page kami www.facebook.com/alkhattabbatik.

Jadi entri kali ini, untuk kongsi informasi dengan anda semua. AKB akan menemui anda di jualan perkarangan sempena Seminar Muslimah In-Trend - Inspirasi & Aspirasi Bidadari Dunia pada 12 Mei 2013 ini berlokasi di Dewan Tabung Haji, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur... Seminar anjuran Telaga Biru Training  ini akan berlangsung dari Jam 9.00 Pagi - 6.00 petang..

AlKhattab Batik insha Allah pertama kali akan bawakan kepada anda, khususnya wanita Muslimah Batik terbaru kami, iaitu Batik Muslimah kontemporari yang patuh syariat serta rekaan terkini sesuai dengan trend Batik segar yang lebih sederhana.

Jangan  lupa ya? Besok, 12 Mei 2013 di Dewan Tabung Haji bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, Seminar Muslimah In-Trend. Antara selebriti yang bakal hadir adalah Wardina Safiyyah dan Heliza Helmi.

Oh iya, kepada sesiapa yang ingin daftar last minute, mungkin boleh hadir sahaja sebelum 9 pagi itu, kerana pembayaran boleh dibuat sebelum pendaftaran. Antara butiran seminar :

INPUT SEMINAR
- Kenali Diri Serlahkan Pesona
- Komunikasi Anggun Bidadari
- Bicara Selebriti Hijrah : Berubah atau Rebah
- Fesyen Show : Tiru Macam Saya   - Antara Trend dan Syariat
- Idolaku Khadijah, Aisyah & Fatimah

Yuran  :RM90.00 seorang (pelajar IPT & 50 peserta pertama dewasa)          
RM150.00 seorang (pembayaran sebelum 30 April 2013)          
RM250.00 seorang ( pembayaran dari 1 Mei 2013)

Alumni TBTC layak mendapat diskaun 10% dari harga normal RM250.00 seorang

Tarikh tutup pembayaran : Pembayaran mesti dibuat sebelum daftar.
Hubungi 03-6274 2424 untuk sebarang pertanyaan. :)


Order Form