Assalamualaikum dear all beloved customers, we have moved to a new and improved website, equipped with shopping cart and login features. All new stocks will be updated in the new website but we will also announce it in this blog.. If you wish to shop or making an order for Batik online, please proceed to our official website at www.alkhattabbatik.com. This blog will still be updated for batik information, latest offer and announcement. Thank You :-)

Saturday, 22 September 2012

AlKhattab Batik & Sarjana

Salam Alaykum

Apa khabar semua? Sejak kebelakangan ini, AlKhattab Batik agak sibuk kerana telah bermulanya sesi baru.. Kami kini baru saja memulakan pelajaran di peringkat sarjana di UKM.

Alhamdulillah syukur...

 Bagi AlKhattab Batik, menuntut ilmu tidak merugikan bahkan dapat menaikkan darjat kita di sisi Allah SWT. Sebagaimana dalam Surah Al-Mujadilah, Allah berfirman yang bermaksud,
"Allah akan meninggikan (mengangkat) orang-orang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan beberapa darjat." [Surah Al-Mujadilah : 11]

Bisnes dan menuntut ilmu sangat berkait rapat kerana tanpa ilmu kita tidak dapat menjalankan bisnes dengan baik. Ilmu juga bukan hanya digunakan untuk tujuan mencari duit tetapi ilmu dapat mengubah generasi dan juga membantu kehidupan seseorang. Ilmu dapat membezakan cara seseorang berfikir dan dapat mengubah dimensi pemikiran kita terhadap sesuatu perkara.

Ilmu sebenarnya bukan hanya terdapat di dalam kelas atau bilik darjah. Ia berada di mana-mana di sekeliling kita dan terserah kepada kita bagaimana untuk mengambil sesuatu perkara yang terjadi sebagai suatu ilmu baru untuk kita.

AlKhattab Batik juga merasakan dengan menuntut ilmu, kami mendapat lebih banyak inspirasi untuk memperhebatkan lagi keluaran produk Batik demi kepuasan pelanggan-pelanggan setia kami yang amat kami sayangi..
Kami juga ingin memohon maaf andai ada sebarang messages, inquiries atau orders yang terlambat respons. Pelanggan semua boleh terus membuat pesanan atau pembelian anda di website kami www.alkhattabbatik.com.

Semoga dengan sokongan dan doa berterusan anda, AlKhattab Batik dapat pergi lebih jauh lagi dalam industri perniagaan Batik di Malaysia dan di seluruh dunia.

Sentiasa nantikan updates dan design terbaru kami akan datang. Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Order Form