Assalamualaikum dear all beloved customers, we have moved to a new and improved website, equipped with shopping cart and login features. All new stocks will be updated in the new website but we will also announce it in this blog.. If you wish to shop or making an order for Batik online, please proceed to our official website at www.alkhattabbatik.com. This blog will still be updated for batik information, latest offer and announcement. Thank You :-)

Thursday, 2 August 2012

Umar Al-Khattab - siri II

Salam Alaykum

Entri Umar Al-Khattab yang lepas bersambung kali ini. Setelah memeluk Islam, Umar-AlKhattab menjadi antara penyokong terhebat Rasulullah serta beliau juga menjadi antara panglima perang utama dalam beberapa siri peperangan Islam bersama-sama dengan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang lain.

Rasulullulah juga menggelarkan Umar sebagai Al-Faruq, yang bermaksud orang yang membezakan yang hak dengan yang batil. Umar Al-Khattab juga digelar Abu Hafs oleh Rasulullah disebabkan kegagahannya dan kebetulan merupakan mertua Rasulullah, setelah Nabi mengahwini Hafsah a.s.

Kelembutan Hati Umar-AlKhattab

Walaupun Umar terkenal dengan sifat gagah, berani dan tegasnya, beliau sebenarnya adalah seorang yang sangat lembut hati. Pernah terjadi suatu peritiwa sewaktu Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau ingin melawat Abu Ubaidah, gabenor Syam ketika itu. Namun Abu Ubaidah melarang beliau.
Kata Abu Ubaidah, "Sesungguhnya aku takut kau tak berdaya menahan air matamu setelah mengetahui keadaanku nanti, wahai Umar."
Namun, Umar tetap berdegil dan akhirnya Abu Ubaidah pun mengizinkannya datang.
Setibanya Umar di rumah Abu Ubaidah, beliau sangat terkejut dengan keadaan rumah gabenor itu. Kosong dan tiada sebarang perabot.
Umar bertanya kepada abu Ubaidah, "Wahai Abu Ubaidah, bagaimana kehidupanmu? Mengapa aku lihat tak ada apa-apa pun di rumahmu ini melainkan kain yang telah lusuh serta sebuah piring besar? Engkau kan seorang gabenor, wahai Abu Ubaidah?"
Abu Ubaidah hanya mampu merenung Umar. Kemudian Umar bertanya lagi, "Engkau memiliki makanan?"
Abu Ubaidah lalu berdiri dan berjalan perlahan menuju ke tempat menyimpan arang. Umar fahamlah keadaan Abu Ubaidah dan tidak mampu menahan airmatanya dari mengalir.
Abu Ubaidah berkata, "Wahai Amirul Mukminin, bukankah aku telah katakan padamu, bahawa engkau datang ke sini hanya untuk menangis."
Umar menjawab dalam sebak, "Ya Abu Ubaidah, sesungguhnya engkau tidak tergolong dalam ramai di antara kita yang tertipu dengan godaan dunia."


Dalam peristiwa yang lain pula, Umar Al-Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal. Disebabkan ketiadaan wang, Umar pun ke Baitulmal bagi meminjam beberapa dirham, Umar gagal berjumpa dengan Bendahara Baitulmal itu, lalu beliau pun menulis sepucuk surat.

"Kepada Bendahara Baitulmal yang terhormat,
Saya memohon untuk meminjam sebesar 4 dirham dari Baitulmal. InsyaAllah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunaskan pinjaman saya itu."

Si Bendahara merenung lama akan surat itu sambil mengenangkan sifat sebenar Umar-AlKhattab Amirul Mukminin. Umar dikenalinya sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Beliau rela dihukum sekiranya terbukti beliau salah dalam menjalankan amanat Allah.

Lalu, Bendahara Baitulmal mengambil keputusan untuk membalas surat Umar Al-Khattab dengan sebuah pertanyaan.

"Kepada Amirul Mukminin, Umar Al-Khattab,
Telah saya baca suratmu, wahai Amirul Mukminin tentang permohonan pinjaman wang dari Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Amirul Mukminin pasti akan tetap hidup sampai akhir bulan bagi membolehkan Amirul Mukminin membayar kembali hutang itu? Seandainya ajal telah menjemput sebelum bulan ini berakhir, maka mampukah Amirul Mukminin mempertanggungjawabkannya di hadapan Allah?"


Umar Al-Khattab merasa sedih setelah menerima dan membaca surat kiriman Bendahara Baitulmal itu. Beliau tidak mampulah menghadiahkan baju baru untuk anaknya menjelang Syawal. Pada 1 Syawal itu, Umar melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal lalu terus menangis.
Anaknya terkejut lantas bertanya ayahnya, "Wahai ayahku, mengapa menangis?"
Umar menjawab, "Anakku, aku bimbang di Syawal ini kamu akan bersedih apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal ini."
Anak Umar membalas, "Ayahku, seharusnya yang harus bersedih itu adalah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku kerana keredhaanmu kepadaku."

Umar terus menangis sambil memeluk anaknya.
"Anakku, aku meredhaimu." Umar berdoa agar Allah meredhakan anaknya sebagaimana beliau meredhakan anaknya. Umar menangis lagi.

Bersambung....

0 comments:

Post a Comment

Order Form