Assalamualaikum dear all beloved customers, we have moved to a new and improved website, equipped with shopping cart and login features. All new stocks will be updated in the new website but we will also announce it in this blog.. If you wish to shop or making an order for Batik online, please proceed to our official website at www.alkhattabbatik.com. This blog will still be updated for batik information, latest offer and announcement. Thank You :-)

Tuesday, 28 August 2012

Hikmah Puasa 6 di Bulan Syawal

Salam Alaykum

Bertemu kita kembali setelah bercuti hari raya selama seminggu. Bagaimana sambutan lebaran anda tahun ini? Semoga setiap amalan kita pada bulan Ramadhan yang lepas, diterima Allah SWT.

Tawaran Merdeka Raya Sale di AlKhattab Batik pun masih ada sehingga 3 September 2012. Cepat, jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan Batik berkualiti dari kami pada harga terendah. Jangan lupa, walau 1 Syawal dah berlalu, tapi kenduri walimatulurus, jamuan hari raya, rumah terbuka masih ada. Batik kami memang cantik untuk anda gayakan di majlis-majlis itu nanti...

Sementara anda cuci mata di www.alkhattabbatik.com, kami pasti ada di antara anda yang sedang berpuasa 6 sekarang ni. Sabtu atau Ahad ini sambut raya lagi ya? Bahkan mungkin ada yang sudah selesai puasa 6 nya :-D Sesungguhnya banyak hikmah, keistimewaan serta kebaikan berpuasa 6 ini.

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : "Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim)."

Puasa 6 untuk Kesihatan

Sewaktu berpuasa di bulan Ramadhan, sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika dan kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Maka, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Puasa 6 tanda konsisten

Puasa 6 juga sebagai suatu simbol konsisten kita sebagai hamba Allah melalui amalan puasa. Amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan, kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Puasa 6 dan Puasa Ganti

Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.
Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.
Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.
Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid.
Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.
Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT.
Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.

AlKhattab Batik mengucapkan Selamat Berpuasa 6 kepada semua dan kepada yang sudah selesai puasa 6, tahniah dan Salam Lebaran buat anda. Semoga amalan kita semua diterima Allah SWT. Taqaballahu minna wa minkum.

kredit : http://www.iluvislam.com

0 comments:

Post a Comment

Order Form