Assalamualaikum dear all beloved customers, we have moved to a new and improved website, equipped with shopping cart and login features. All new stocks will be updated in the new website but we will also announce it in this blog.. If you wish to shop or making an order for Batik online, please proceed to our official website at www.alkhattabbatik.com. This blog will still be updated for batik information, latest offer and announcement. Thank You :-)

Tuesday, 28 August 2012

Hikmah Puasa 6 di Bulan Syawal

Salam Alaykum

Bertemu kita kembali setelah bercuti hari raya selama seminggu. Bagaimana sambutan lebaran anda tahun ini? Semoga setiap amalan kita pada bulan Ramadhan yang lepas, diterima Allah SWT.

Tawaran Merdeka Raya Sale di AlKhattab Batik pun masih ada sehingga 3 September 2012. Cepat, jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan Batik berkualiti dari kami pada harga terendah. Jangan lupa, walau 1 Syawal dah berlalu, tapi kenduri walimatulurus, jamuan hari raya, rumah terbuka masih ada. Batik kami memang cantik untuk anda gayakan di majlis-majlis itu nanti...

Sementara anda cuci mata di www.alkhattabbatik.com, kami pasti ada di antara anda yang sedang berpuasa 6 sekarang ni. Sabtu atau Ahad ini sambut raya lagi ya? Bahkan mungkin ada yang sudah selesai puasa 6 nya :-D Sesungguhnya banyak hikmah, keistimewaan serta kebaikan berpuasa 6 ini.

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : "Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim)."

Puasa 6 untuk Kesihatan

Sewaktu berpuasa di bulan Ramadhan, sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika dan kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Maka, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Puasa 6 tanda konsisten

Puasa 6 juga sebagai suatu simbol konsisten kita sebagai hamba Allah melalui amalan puasa. Amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan, kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Puasa 6 dan Puasa Ganti

Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.
Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.
Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.
Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid.
Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.
Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT.
Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.

AlKhattab Batik mengucapkan Selamat Berpuasa 6 kepada semua dan kepada yang sudah selesai puasa 6, tahniah dan Salam Lebaran buat anda. Semoga amalan kita semua diterima Allah SWT. Taqaballahu minna wa minkum.

kredit : http://www.iluvislam.com

Saturday, 18 August 2012

Eid Mubarak

We wish you a happy Eid Mubarak. Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, wa lillahilhamd.

May our good deeds, 'amal and charity during the whole month of Ramadhan counted by Allah and from Him us rewarded.

Maaf Zahir & Batin dari AlKhattab Batik. Kami memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap. Raikan Hari Kemenangan dengan penuh tawadhuk dan rasa syukur pada-Nya.



Kepada semua yang pulang ke kampung, memandu dengan berhati-hati. Kepada semua yang beraya, dalam suka gembira bertemu sanak saudara, jangan membazir, tamak dan kurang sabar dalam menjamu selera. Jaga kesihatan, adab dan tatasusila.

Ucapan Salam Lebaran tulus ikhlas dari AlKhattab Batik. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Saturday, 11 August 2012

Fakta Disebalik Parlimen Mesir



Tahukah anda?
Majlis Rakyat Mesir (parlimen Mesir) sekarang ini memiliki :
- Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran.
- Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith
- Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran.
- Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.
- Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.
- Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.

Sumber: http://zulhairiaziz99.blogspot.com

Friday, 10 August 2012

Imam Malik Menangis Ketika Berbuka


Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata  “Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit.”

Thursday, 9 August 2012

Important Date for Order & Delivery Service on Hari Raya Holiday

11 August 2012 : Last day of making order & straight away make FULL PAYMENT. This is to ensure all of your ordered item(s) be delivered to you before Hari Raya (1 Syawal). Order, Payment & Delivery after this date will not confirm your item(s) will be delivered to you before / after 1 Syawal.

17 August 2012 : Last Delivery will be made by Poslaju before they actually having their Hari Raya Holiday. Your item(s) will only be delivered to you insyaAllah on 4th or 5th of Syawal.

18 August 2012 - 26 August 2012 : Holiday Season for All Poslaju & Pos Malaysia Delivery Service. No delivery will be made for any location. Your order(s) will be entertained on 27 August 2012

Wednesday, 8 August 2012

Malam Lailatul Qadr

Salam Alaykum

Bismillahirrahmanirrahim

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al Qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadr itu?
3.Malam al Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al Qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al Qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).                 [Al-Qadr]


Lailatul Qadr juga dikenali dengan Lailatul Mubarakah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkatan”. Dan malam Al-Qadr sudah pastinya di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud,“Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Qur’an.”

Ibn Abbas berkata: "Allah telah menurunkan al Qur’an dalam jumlah yang satu(sekaligus) daripada lauh mahfuz ke baitul ‘Izzah di Langit Dunia. Kemudian ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan kejadian yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah selama tempoh 23 tahun"

Sufyan as Thauri berkata, “telah disampaikan kepada aku daripada Mujahid bahawa malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan" (maknanya): amalannya, puasanya, dan mendirikan malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan. Dan daripada Mujahid, "Malam al Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang tidak ada malam al Qadr padanya".

Daripada Abi Hurairah radhiallahu anhu berkata bahawa Rasulullah bersabda, “ Barangsiapa yang mendirikan malam al qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan dari Allah, diampunkan baginya dosanya yang telah lampau.”

Malaikat-malaikat yang dimaksudkan dalam ayat ke-4 Surah Al-Qadr ialah malaikat rahmat yang membawa segala rahmat dan keberkatan pada malam itu. Banyaknya malaikat turun menandakan banyaknya keberkatan dan rahmat turun pada malam al Qadr. Keadaan ini samalah ketika turunnya Malaikat kepada orang yang sedang membaca al Qur’an atau orang yang duduk dalam majlis /halaqah zikr. Mereka melingkungi orang yang berzikir serta melabuhkan sayap mereka ke atas orang2 yang menuntut ilmu kerana memuliakan penuntut ilmu.

Manakala ar Ruh pula ialah Malaikat Jibril a.s. "Membawa segala urusan” membawa maksud segala taqdir berkaitan ajal dan rezeki, dan ketentuan segala perkara sebagaimana disebut oleh Qatadah.

Sejahtera dalam ayat ke-5 surah bermaksud Syaitan tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara jahat pada malam itu. Kata Qatadah dan Ibn Zaid , Rasulullah bersabda, “ Salaamun hia” bermaksud baik seluruhnya. Tidak ada padanya(malam al Qadr) kejahatan hinggalah terbitnya fajr(Subuh).

Antara tanda-tanda Lailatul Qadr

Dari ‘Ubay Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :“Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi” [Hadits Riwayat Muslim 762]

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda yang bermaksud : "Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah” [ Hadits Riwayat Muslim 4]

Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud : “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan” [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]

Jangan lepaskan peluang kita bagi merebut kebaikan, keberkatan dan ganjaran Allah pada Malam Al-Qadr ini. Ini mungkin peluang kita yang terakhir. Mari manfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan ini. Ia mungkin pada malam-malam ganjil 10 terakhir Ramadhan sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud : “…Maka carilah ia sungguh2 pada 10 malam yang terakhir dari Ramadhan.” 

kredit : www.ibnuabbas.wordpress.com

Friday, 3 August 2012

Batik Sarong Online at AlKhattab Batik

A sarong or sarung (pronounced [sarʊŋ] in Malay; English: /səˈrɒŋ/) is a large tube or length of fabric, often wrapped around the waist and worn by men and women throughout much of South Asia, Southeast Asia, the Arabian Peninsula, the Horn of Africa, and on many Pacific islands.

The fabric most often has woven plaid or checkered patterns, or may be brightly colored by means of batik or ikat dyeing. Many modern sarongs also have printed designs, often depicting animals or plants. In strict usage, sarong or "sarung" (Malay, Indonesian, "sheath") denotes the lower garment worn by the Malay (and other Maritime Southeast Asian) people, both men and women. This consists of length of fabric about a yard (0.91 m) wide and two-and-a-half yards (2.3 m) long. In the center of this sheet, across the narrower width, a panel of contrasting color or pattern about one foot wide is woven or dyed into the fabric, which is known as the kepala or "head" of the sarong. This sheet is stitched at the narrower edges to form a tube. One steps into this tube, brings the upper edge above the level of the navel (the hem should be level with the ankles), positions the kepala at the center of the back, and folds in the excess fabric from both sides to the front center, where they overlap and secures the sarong by rolling the upper hem down over itself. 

Malay men wear sarongs woven in a check pattern (pelikat) while women wear sarongs dyed in the batik method, with, for example, flower motifs, and in brighter colors.

The sarong is common wear for women, in formal settings with a kebaya or baju kurung. Malay men wear sarongs in public only when attending Friday prayers at the mosque, but sarongs remain very common casual wear at home for men and women of all races and religions in Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapore, Sri Lanka, Northeast Part of India, in which Sarong is known as Phanek in Manipuri and most parts of Southern India where it is called mundu or lungi in Myanmar.

We can help you to get your own batik sarong with only a few clicks? Just log on to our website www.alkhattabbatik.com, click on SARONG on the menu tab (upper screen), our website will direct you to CHOICES of Sarong based on BATIK from Malaysia and Indonesia, just name a few Batik Sarong Pekalongan, Batik Sarong Jarum Mas, Batik Sarong Ratna Jaya, Batik Sarong Serumpun Padi (Made in Malaysia), Batik Sarong Manis Sayang, Batik Sarong Langkawi and many more.

Shopping with us with confidence and fun! High Quality and Beautiful Designs of Batik brought to you by AlKhattab Batik. We also accept Paypal, Visa and Mastercard. 

* NOW is the right time for you coz' we have GREAT Merdeka Raya Sale - Sale Discount up to 70% for all items in our website, www.alkhattabbatik.com. Wait no MORE! ^_^







 AND MANY MORE............................ only at www.alkhattabbatik.com



* NOW is the right time for you coz' we have GREAT Merdeka Raya Sale - Sale Discount up to 70% for all items in our website, www.alkhattabbatik.com. Wait no MORE! ^_^


Thursday, 2 August 2012

Umar Al-Khattab - siri II

Salam Alaykum

Entri Umar Al-Khattab yang lepas bersambung kali ini. Setelah memeluk Islam, Umar-AlKhattab menjadi antara penyokong terhebat Rasulullah serta beliau juga menjadi antara panglima perang utama dalam beberapa siri peperangan Islam bersama-sama dengan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang lain.

Rasulullulah juga menggelarkan Umar sebagai Al-Faruq, yang bermaksud orang yang membezakan yang hak dengan yang batil. Umar Al-Khattab juga digelar Abu Hafs oleh Rasulullah disebabkan kegagahannya dan kebetulan merupakan mertua Rasulullah, setelah Nabi mengahwini Hafsah a.s.

Kelembutan Hati Umar-AlKhattab

Walaupun Umar terkenal dengan sifat gagah, berani dan tegasnya, beliau sebenarnya adalah seorang yang sangat lembut hati. Pernah terjadi suatu peritiwa sewaktu Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau ingin melawat Abu Ubaidah, gabenor Syam ketika itu. Namun Abu Ubaidah melarang beliau.
Kata Abu Ubaidah, "Sesungguhnya aku takut kau tak berdaya menahan air matamu setelah mengetahui keadaanku nanti, wahai Umar."
Namun, Umar tetap berdegil dan akhirnya Abu Ubaidah pun mengizinkannya datang.
Setibanya Umar di rumah Abu Ubaidah, beliau sangat terkejut dengan keadaan rumah gabenor itu. Kosong dan tiada sebarang perabot.
Umar bertanya kepada abu Ubaidah, "Wahai Abu Ubaidah, bagaimana kehidupanmu? Mengapa aku lihat tak ada apa-apa pun di rumahmu ini melainkan kain yang telah lusuh serta sebuah piring besar? Engkau kan seorang gabenor, wahai Abu Ubaidah?"
Abu Ubaidah hanya mampu merenung Umar. Kemudian Umar bertanya lagi, "Engkau memiliki makanan?"
Abu Ubaidah lalu berdiri dan berjalan perlahan menuju ke tempat menyimpan arang. Umar fahamlah keadaan Abu Ubaidah dan tidak mampu menahan airmatanya dari mengalir.
Abu Ubaidah berkata, "Wahai Amirul Mukminin, bukankah aku telah katakan padamu, bahawa engkau datang ke sini hanya untuk menangis."
Umar menjawab dalam sebak, "Ya Abu Ubaidah, sesungguhnya engkau tidak tergolong dalam ramai di antara kita yang tertipu dengan godaan dunia."


Dalam peristiwa yang lain pula, Umar Al-Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal. Disebabkan ketiadaan wang, Umar pun ke Baitulmal bagi meminjam beberapa dirham, Umar gagal berjumpa dengan Bendahara Baitulmal itu, lalu beliau pun menulis sepucuk surat.

"Kepada Bendahara Baitulmal yang terhormat,
Saya memohon untuk meminjam sebesar 4 dirham dari Baitulmal. InsyaAllah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunaskan pinjaman saya itu."

Si Bendahara merenung lama akan surat itu sambil mengenangkan sifat sebenar Umar-AlKhattab Amirul Mukminin. Umar dikenalinya sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Beliau rela dihukum sekiranya terbukti beliau salah dalam menjalankan amanat Allah.

Lalu, Bendahara Baitulmal mengambil keputusan untuk membalas surat Umar Al-Khattab dengan sebuah pertanyaan.

"Kepada Amirul Mukminin, Umar Al-Khattab,
Telah saya baca suratmu, wahai Amirul Mukminin tentang permohonan pinjaman wang dari Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Amirul Mukminin pasti akan tetap hidup sampai akhir bulan bagi membolehkan Amirul Mukminin membayar kembali hutang itu? Seandainya ajal telah menjemput sebelum bulan ini berakhir, maka mampukah Amirul Mukminin mempertanggungjawabkannya di hadapan Allah?"


Umar Al-Khattab merasa sedih setelah menerima dan membaca surat kiriman Bendahara Baitulmal itu. Beliau tidak mampulah menghadiahkan baju baru untuk anaknya menjelang Syawal. Pada 1 Syawal itu, Umar melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal lalu terus menangis.
Anaknya terkejut lantas bertanya ayahnya, "Wahai ayahku, mengapa menangis?"
Umar menjawab, "Anakku, aku bimbang di Syawal ini kamu akan bersedih apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal ini."
Anak Umar membalas, "Ayahku, seharusnya yang harus bersedih itu adalah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku kerana keredhaanmu kepadaku."

Umar terus menangis sambil memeluk anaknya.
"Anakku, aku meredhaimu." Umar berdoa agar Allah meredhakan anaknya sebagaimana beliau meredhakan anaknya. Umar menangis lagi.

Bersambung....

Order Form