Assalamualaikum dear all beloved customers, we have moved to a new and improved website, equipped with shopping cart and login features. All new stocks will be updated in the new website but we will also announce it in this blog.. If you wish to shop or making an order for Batik online, please proceed to our official website at www.alkhattabbatik.com. This blog will still be updated for batik information, latest offer and announcement. Thank You :-)

Sunday, 29 July 2012

Umar Al-Khattab - siri I

Salam Alaykum

Alhamdulillah, hari ini telah masuk hari kesembilan dalam bulan Ramadhan 1433 Hijrah. Setakat ini, bagaimanakah amal dan ibadah kita? Diharapkan agar bukan persoalan "berapa hari kita sudah berpuasa?" yang menjadi ukuran kita tetapi persoalan "berapa banyakkah amal dan ibadah kita dalam bulan Ramadhan ini yang sekejap ini?" yang kita fokuskan dan audit dalam diri kita.

Sementara kita sama-sama audit diri dan amalan kita dalam bulan Ramadhan ini, ada baiknya saya kongsikan dengan anda siapa Umar AlKhattab? Sebagaimana yang anda telah ketahui (kalau anda belum tahu, rujuk sini) nama AlKhattab memberi makna mendalam pada AlKhattab Batik. Dengan kegagahan, keseriusan, keberanian dan semangat beliau, Umar AlKhattab menjadi antara contoh umat Islam di kalangan para sahabat selepas Nabi Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.


Siapakah Umar AlKhattab?

Saidina Umar AlKhattab merupakan antara orang terpenting khususnya pada zaman permulaan Islam di bumi Makkah. Beliau dilantik menjadi Khalifah Islam yang kedua selepas Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Nama penuh beliau adalah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab.  Beliau adalah anak kepada Hantamah binti Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum bin Al-Khattab. Beliau dilahirkan pada tahun 583 Masihi daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan  berkedudukan tinggi.

Waktu kecilnya Umar AlKhattab pernah mengembala kambing dan dewasanya beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang dagangan.

Pada zaman jahiliah, beliau pernah menjadi pendamai sewaktu terjadi sebuah pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang berani, tegas dalam bicara, berterus terang menyatakan fikiran dan pandangannya dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga terkenal sebagai pemidato dan juga ahli gusti.  


Umar AlKhattab sebelum memeluk Islam

Ketika Nabi Muhammad menyebarkan Islam secara terbuka di Makkah, Umar AlKhattab sangat benci terhadap baginda. Dalam beberapa catatan mengatakan bahawa orang Islam saat itu mengakui bahawa Umar AlKhattab adalah lawan yang paling mereka takuti. Ini adalah kerana Umar mempunyai reputasi yang sangat baik sebagai ahli strategi perang dan seorang perajurit yang sangat tangkas dalam setiap peperangan yang beliau lalui. Umar juga dicatat sebagai orang yang paling banyak dan paling sering menggunakan kekuatannya untuk menyeksa pengikut Nabi Muhammad.

Peristiwa Umar AlKhattab memeluk Islam 

Pada puncak kebencian Umar AlKhattab terhadap ajaran Muhammad, beliau memutuskan untuk mencuba membunuh Nabi Muhammad SAW. Menurut ahli sejarah Islam, semasa Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau berjalan mundar-mandir sambil membawa pedang dengan wajah bengis dan garang. Namun saat dalam perjalanan, beliau bertemu dengan salah seorang pengikut Nabi Muhammad bernama Nu'aim bin Abdullah yang menyapanya dengan bertanya,
“Hai Umar, apa yang engkau cari?”
Dengan suara hampir memekik Umar menjawab, “Muhammad! Aku mahu cari Muhammad untuk aku tunjukkan dia pedang aku ini dan menghabiskan nafasnya!” 
Nu’aim bin Abdullah membalas, “Umar, dari engkau mencari Muhammad yang entah berada di mana, lebih baik engkau pergi ke rumah adik kandungmu sendiri. Dengarnya, dia sudah mengikut ajaran Muhammad”.
Nu’aim bin Abdullah rupanya memberi khabar bahawa saudara perempuan Umar, Fatimah telah memeluk Islam, ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Merah telinga Umar mendengar jawapan itu, sambil kakinya melangkah laju ke arah rumah adik kandungnya, Fatimah.
Dilihat daun pintu rumah adiknya tertutup rapat. Umar AlKhattab berat untuk mempercayai adiknya telah mengkhianati dirinya. Beliau mengetuk dedaun pintu dengan lebih kuat. Di dalam rumah itu suasana kelam kabut. adiknya, Fatimah sangat pasti itu suara abangnya yang bengis. dia tak mahu bayangkan akibat jika abangnya tahu yang dirinya sedang belajar membaca Al-Quran.

“Apa yang engkau sedang buat, Fatimah? Kenapa engkau lambat membuka pintu? apa yang eng sembunyikan di belakangmu itu?” herdik Umar AlKhattab.
Fatimah semakin erat menggenggam ayat-ayat Al-Quran yang sedang dibacanya tadi.
“Aku dengar engkau sudah jadi pengikut Muhammad”, Umar bertanya dengan garang.
“Ya” Jawab Fatimah pendek.

Umar dengan marahnya menampar pipi adiknya sehingga Fatimah terkulai disepak tangan pahlawan perang itu. Fatimah menangis menahan sakit. Timbul rasa bersalah pada diri Umar AlKhattab setelah mengasari dan mengherdik adik kandung sendiri.
“Adikku, bagi aku tengok apa yang kau baca tadi”, pujuk Umar AlKhattab.
“Tidak, abang masih najis! Abang tidak boleh menyentuh ayat suci ini. Abang harus membersihkan diri dahulu, sebelum menyentuh dan membaca ayat-ayat suci ini.”

Umar dengan tenang selepas marah menurut. Setelah selesai mandi, beliau menghulurkan tangan kepada adiknya. Beliau membaca ayat itu perlahan-lahan.
Surah Taha ayat 1-6. 
 “Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.”

Tubuh badan Umar AlKhattab serta-merta menjadi lemah.
“Ini bukan rekaan Muhammad. Tak mungkin Muhammad yang buta huruf dapat buat sesuatu yang indah seperti ini. Mana Muhammad? Aku mesti berjumpa dengannya”
Fatimah keliru. Adakah abangnya mahu mengapa-apakan kekasih Allah? “Tujuan apa abang untuk bertemu Muhammad?”
“Aku mesti memeluk Islam di hadapan Muhammad sendiri” kata Umar.
“Benarkah begitu?” tanya Fatimah yang kegembiraan bercampur pilu.
“Ya, sekarang beritahu aku di mana Muhammad” jawab Umar.
“Muhammad, Rasulullah di Bukit Suffa” jawab Fatimah.

Umar berlalu dengan pantas. Beliau tak sabar lagi ingin berjumpa dengan kekasih Allah, Muhammad. Beliau mahu memeluk Muhammad. Rasulullah yang ketika itu sedang berbincang dengan sahabat-sahabat baginda terkejut setelah datang seseorang memberitahu Umar datang membawa pedang.
Saidina Hamzah tersentak dan sedia untuk mempertahankan Muhammad.
“Wahai Muhammad, kau jangan bangun, biar aku saja yang bereskan si Umar itu”ujar Saidina Hamzah.
Rasulullah memberi isyarat agar Hamzah duduk. Para sahabat yang lain mulai risau. Baginda bingkas bangun menuju ke muka pintu. Kini Umar mengetuk-ngetuk pintu meminta dijawab. Rasulullah membuka pintu lantas mencapai leher baju Umar. Dipulas dan ditariknya Umar sehingga hampir jatuh. Umar tidak pula melawan sambil berkata. “Tiada Tuhan selain Allah, dan kamu Muhammad adalah pesuruh Allah.
Rasulullah lantas memeluk Umar. Doa baginda telah dijawab Allah, agar satu dari dua Umar memeluk Islam iaitu Umar Al-Khattab atau Umar bin Syam (Abu Jahal).

Bersambung......

0 comments:

Post a Comment

Order Form