Assalamualaikum dear all beloved customers, we have moved to a new and improved website, equipped with shopping cart and login features. All new stocks will be updated in the new website but we will also announce it in this blog.. If you wish to shop or making an order for Batik online, please proceed to our official website at www.alkhattabbatik.com. This blog will still be updated for batik information, latest offer and announcement. Thank You :-)

Tuesday, 31 July 2012

Merdeka Raya Sale at AlKhattab Batik


Starting from 27th July 2012 till 3rd September 2012, AlKhattab Batik offering you Merdeka Raya Sale discount up to 70% for all items in our website, www.alkhattabbatik.com.

Parallel with Eid Celebrations and Independence Day of Malaysia (Merdeka), this Merdeka Raya Sale offers will definitely give you a more saving experience in shopping and at the same time, you will have a HIGH Quality and Latest Batik designs from us.


With quality and magnificent designs guaranteed, AlKhattab Batik will never let you down. :D Lets shopping with us & enjoy Merdeka Raya Sale at www.alkhattabbatik.com

Sunday, 29 July 2012

Umar Al-Khattab - siri I

Salam Alaykum

Alhamdulillah, hari ini telah masuk hari kesembilan dalam bulan Ramadhan 1433 Hijrah. Setakat ini, bagaimanakah amal dan ibadah kita? Diharapkan agar bukan persoalan "berapa hari kita sudah berpuasa?" yang menjadi ukuran kita tetapi persoalan "berapa banyakkah amal dan ibadah kita dalam bulan Ramadhan ini yang sekejap ini?" yang kita fokuskan dan audit dalam diri kita.

Sementara kita sama-sama audit diri dan amalan kita dalam bulan Ramadhan ini, ada baiknya saya kongsikan dengan anda siapa Umar AlKhattab? Sebagaimana yang anda telah ketahui (kalau anda belum tahu, rujuk sini) nama AlKhattab memberi makna mendalam pada AlKhattab Batik. Dengan kegagahan, keseriusan, keberanian dan semangat beliau, Umar AlKhattab menjadi antara contoh umat Islam di kalangan para sahabat selepas Nabi Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.


Siapakah Umar AlKhattab?

Saidina Umar AlKhattab merupakan antara orang terpenting khususnya pada zaman permulaan Islam di bumi Makkah. Beliau dilantik menjadi Khalifah Islam yang kedua selepas Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Nama penuh beliau adalah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab.  Beliau adalah anak kepada Hantamah binti Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum bin Al-Khattab. Beliau dilahirkan pada tahun 583 Masihi daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan  berkedudukan tinggi.

Waktu kecilnya Umar AlKhattab pernah mengembala kambing dan dewasanya beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang dagangan.

Pada zaman jahiliah, beliau pernah menjadi pendamai sewaktu terjadi sebuah pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang berani, tegas dalam bicara, berterus terang menyatakan fikiran dan pandangannya dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga terkenal sebagai pemidato dan juga ahli gusti.  


Umar AlKhattab sebelum memeluk Islam

Ketika Nabi Muhammad menyebarkan Islam secara terbuka di Makkah, Umar AlKhattab sangat benci terhadap baginda. Dalam beberapa catatan mengatakan bahawa orang Islam saat itu mengakui bahawa Umar AlKhattab adalah lawan yang paling mereka takuti. Ini adalah kerana Umar mempunyai reputasi yang sangat baik sebagai ahli strategi perang dan seorang perajurit yang sangat tangkas dalam setiap peperangan yang beliau lalui. Umar juga dicatat sebagai orang yang paling banyak dan paling sering menggunakan kekuatannya untuk menyeksa pengikut Nabi Muhammad.

Peristiwa Umar AlKhattab memeluk Islam 

Pada puncak kebencian Umar AlKhattab terhadap ajaran Muhammad, beliau memutuskan untuk mencuba membunuh Nabi Muhammad SAW. Menurut ahli sejarah Islam, semasa Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau berjalan mundar-mandir sambil membawa pedang dengan wajah bengis dan garang. Namun saat dalam perjalanan, beliau bertemu dengan salah seorang pengikut Nabi Muhammad bernama Nu'aim bin Abdullah yang menyapanya dengan bertanya,
“Hai Umar, apa yang engkau cari?”
Dengan suara hampir memekik Umar menjawab, “Muhammad! Aku mahu cari Muhammad untuk aku tunjukkan dia pedang aku ini dan menghabiskan nafasnya!” 
Nu’aim bin Abdullah membalas, “Umar, dari engkau mencari Muhammad yang entah berada di mana, lebih baik engkau pergi ke rumah adik kandungmu sendiri. Dengarnya, dia sudah mengikut ajaran Muhammad”.
Nu’aim bin Abdullah rupanya memberi khabar bahawa saudara perempuan Umar, Fatimah telah memeluk Islam, ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Merah telinga Umar mendengar jawapan itu, sambil kakinya melangkah laju ke arah rumah adik kandungnya, Fatimah.
Dilihat daun pintu rumah adiknya tertutup rapat. Umar AlKhattab berat untuk mempercayai adiknya telah mengkhianati dirinya. Beliau mengetuk dedaun pintu dengan lebih kuat. Di dalam rumah itu suasana kelam kabut. adiknya, Fatimah sangat pasti itu suara abangnya yang bengis. dia tak mahu bayangkan akibat jika abangnya tahu yang dirinya sedang belajar membaca Al-Quran.

“Apa yang engkau sedang buat, Fatimah? Kenapa engkau lambat membuka pintu? apa yang eng sembunyikan di belakangmu itu?” herdik Umar AlKhattab.
Fatimah semakin erat menggenggam ayat-ayat Al-Quran yang sedang dibacanya tadi.
“Aku dengar engkau sudah jadi pengikut Muhammad”, Umar bertanya dengan garang.
“Ya” Jawab Fatimah pendek.

Umar dengan marahnya menampar pipi adiknya sehingga Fatimah terkulai disepak tangan pahlawan perang itu. Fatimah menangis menahan sakit. Timbul rasa bersalah pada diri Umar AlKhattab setelah mengasari dan mengherdik adik kandung sendiri.
“Adikku, bagi aku tengok apa yang kau baca tadi”, pujuk Umar AlKhattab.
“Tidak, abang masih najis! Abang tidak boleh menyentuh ayat suci ini. Abang harus membersihkan diri dahulu, sebelum menyentuh dan membaca ayat-ayat suci ini.”

Umar dengan tenang selepas marah menurut. Setelah selesai mandi, beliau menghulurkan tangan kepada adiknya. Beliau membaca ayat itu perlahan-lahan.
Surah Taha ayat 1-6. 
 “Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.”

Tubuh badan Umar AlKhattab serta-merta menjadi lemah.
“Ini bukan rekaan Muhammad. Tak mungkin Muhammad yang buta huruf dapat buat sesuatu yang indah seperti ini. Mana Muhammad? Aku mesti berjumpa dengannya”
Fatimah keliru. Adakah abangnya mahu mengapa-apakan kekasih Allah? “Tujuan apa abang untuk bertemu Muhammad?”
“Aku mesti memeluk Islam di hadapan Muhammad sendiri” kata Umar.
“Benarkah begitu?” tanya Fatimah yang kegembiraan bercampur pilu.
“Ya, sekarang beritahu aku di mana Muhammad” jawab Umar.
“Muhammad, Rasulullah di Bukit Suffa” jawab Fatimah.

Umar berlalu dengan pantas. Beliau tak sabar lagi ingin berjumpa dengan kekasih Allah, Muhammad. Beliau mahu memeluk Muhammad. Rasulullah yang ketika itu sedang berbincang dengan sahabat-sahabat baginda terkejut setelah datang seseorang memberitahu Umar datang membawa pedang.
Saidina Hamzah tersentak dan sedia untuk mempertahankan Muhammad.
“Wahai Muhammad, kau jangan bangun, biar aku saja yang bereskan si Umar itu”ujar Saidina Hamzah.
Rasulullah memberi isyarat agar Hamzah duduk. Para sahabat yang lain mulai risau. Baginda bingkas bangun menuju ke muka pintu. Kini Umar mengetuk-ngetuk pintu meminta dijawab. Rasulullah membuka pintu lantas mencapai leher baju Umar. Dipulas dan ditariknya Umar sehingga hampir jatuh. Umar tidak pula melawan sambil berkata. “Tiada Tuhan selain Allah, dan kamu Muhammad adalah pesuruh Allah.
Rasulullah lantas memeluk Umar. Doa baginda telah dijawab Allah, agar satu dari dua Umar memeluk Islam iaitu Umar Al-Khattab atau Umar bin Syam (Abu Jahal).

Bersambung......

Saturday, 21 July 2012

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1433 hijrah / 2012 M bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Salam Alaykum

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1433 hijrah / 2012 M untuk bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Anda semua diizinkan copy jadual di bawah, print dan paste lah banyak-banyak di bilik, dapur, ruang tamu dan mana-mana tempat sesuai lagi.


Diharapkan jadual di atas clear utk anda refer. Kalau masih tak clear juga Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1433 hijrah / 2012 M untuk bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ini, boleh rujuk www.jakim.com.my. Ya? Selamat Berpuasa dan mengimarahkan Ramadhan tahun ini.

* PENGUMUMAN UNTUK SEMUA, Promotion Pre-Syaaban untuk Sofea Scarf telah pun berakhir.. Tapi, jangan risau sbb Ramadhan Promotion utk All Awning Scarves flat price masih ada! Jom visit www.alkhattabbatik.com. Anda takkan dpt harga terendah mcm ni di tempat lain.. :)

Friday, 20 July 2012

Jadual Malam Sepanjang Bulan Ramadhan

Jadual Malam Bulan Ramadhan ini bermula dari Pukul 7 Malam Hingga 6 Pagi. Jom follow...

7pm ↔ 8pm : Berbuka puasa dan Solat Maghrib

8pm ↔ 9pm : Solat Isyak


9pm ↔ 10pm : Solat Tarawih, Solat Witir


10pm ↔ 11pm : Baca al-Quran atau Bertadarus


11pm ↔ 12am : Niat Berpuasa Sebelum Tidur


12am ↔ 3am : Tidur


3am ↔ 4am : Bangun Tidur (Bersihkan Diri) – Iktikaf – Solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Tasbih dan lain-lain


4am ↔ 5am : Tafakur, Zikir, Baca al-Quran


5am ↔ Waktu Imsak : Bersahur + Niat Puasa


6am : Solat Fardhu Subuh 
Ulangi dan perhebatkannya untuk malam seterusnya.... ^_^

Ramadhan Mubarak 1433 Hijrah

We wish you a Happy Blessed Ramadhan this year. Grab the chance to do as much 'amal as possible.

Kepada semua umat muslimin & muslimat, hidupkan Ramadhan kali ini seolah ia Ramadhan terakhir buat kita.

Hadith riwayat al‐Nasa`ie, Ibn Majah, daripada Abu Hurairah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Setiap amalan anak Adam baginya kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi‐Ku dan Aku yang membalasnya dan puasa merupakan perisai, apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah ia bercakap yang cela, bertempik dan sekalipun dimaki oleh seseorang atau diperanginya maka hendaklah berkata: Sesungguhnya aku berpuasa, demi yang jiwa Muhammad ditangannya maka bau mulut orang yang berpuasa terlebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. Apabila berbuka dia merasa gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu Allah dia merasa gembira dengan puasanya."

Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari, al‐Nasa`ie dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah yang bermaksud : "Setiap amalan anak Adam digandakan, satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda hingga sampai 700 kali ganda, hingga mengikut kehendak Allah, firman Allah s.w.t: Kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi‐Ku dan Akulah yang membalasnya, meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku, bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbukanya dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."

kredit : http://famz.deviantart.com ;  http://www.al-azim.com

Tuesday, 17 July 2012

Kaftan Batik di www.alkhattabbatik.com


Salam semua.

Kaftan Batik Lengan Panjang dan Lengan Pendek telah tiba di AlKhattab Batik. Kepada semua yang nak order, boleh ke website kami, www.alkhattabbatik.com.

Untuk Kaftan Zafyra, Maxi dan Daisy (Short Sleeves), kami bawakan saiz yang lebih labuh khas untuk anda yang berketinggian lebih dari biasa. :-)



Bagi penggemar kaftan berpesak, Kaftan Zafyra dan Hamra Gold Line adalah untuk anda. Ia amat selesa dan cantik untuk digayakan bukan saja di dalam rumah. Bagi semua yang inginkan keselesaan ketika Solat Terawih juga boleh cuba kaftan ini. Kami ingatkan, kainnya agak nipis bagi yang berwarna terang, jadi anda boleh pakai dgn innershirt & innerskirt,ya?

 


Terus terang kami nyatakan di sini, kualiti kain dan warna yang digunakan bagi setiap Kaftan di AlKhattab Batik adalah yang berkualiti tinggi. Kami menggunakan fabrik cotton fuji Jepun jadi anda tak perlu risau sebab kainnya takkan mengecut. Warnanya pun takkan meluntur. Hanya untuk cucian pertama saja, lilin dan sedikit saja warna lebihan akan luntur. Untuk cucian seterusnya, don't worry takkan luntur dan tahan lama.

Order sekarang sebab Kaftan kali ini memang limited editions. Sebelum kehabisan, lebih baik anda order Kaftan Batik anda sekarang juga di www.alkhattabbatik.com

Friday, 13 July 2012

Ramadhan Promotion - Flat Price for All Awning Scarves in AlKhattab Batik



Salam Alaykum

We have only a week left to prepare and welcoming the great month of all, Ramadhan. As we promise yesterday in FB and twitter, we bring to you our special offer, Ramadhan Promotions! Flat Price for all awning scarves in AlKhattab Batik.

Lowest price ever & Maintain High Quality Hijab for all! Don't Miss Your chance to grab it, while the stocks LAST! These hijabs are LIMITED EDITIONS! Please don't be late, as we can't afford to dissapoint you with out of stocks!

Hurry before the stocks last and this promotion ends. Please kindly visit our website NOW at www.alkhattabbatik.com and enjoy this GREAT Ramadhan Offer!


p/s: Oh yes, don't forget to grab Sofea Scarf as well. The offer will last this 20th July, or else you can't buy it at very saving price anymore. Click banner below to be directed to our Lovely Sofea Scarves and Get Ready to use the COUPON CODE OFFER! Yeahh..
*Remember to enjoy Buy 2 Saving offer just insert Coupon Code : 2002 & For Buy 3 saving offer insert Coupon Code : 3003. Further instructions just go to our website!

Thursday, 12 July 2012

Masjid Duniaku - Aroush Bazaar organized by PTS and Femme Lab Marketing

Recently, we had joined Masjid Duniaku - Aroush Bazaar on the 30th of June till 1st July and 6th july till 8th July 2012. Both dates were held in different locations. One, in Masjid Bukit Indah, Taman Bukit Indah Ampang while the latter was in Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

There were more than 30 vendors had joined the booths with various activities were organized by PTS. While the Aroush Bazaar organized by Femme Lab Marketing was collaborated with PTS and Mosque management.



With the tagline, "Mengimarahkan Masjid, Membudayakan Ilmu", PTS managed to attract thousands of visitors from nearby area to join, take part and enjoy the benefits of knowledge that shared by the PTS authors, forum panels and bestseller books.

Among the popular PTS authors that also joined this Masjid Duniaku were Aizuddinur Zakaria, Fatimah Syarha, Ustaz Pahrol Juoi and many more. We hope this beneficial, fun and interesting event will be organized again more frequently next time.

Here, AlKhattab Batik share some of our photos including other vendors at Aroush Bazaar. Those who couldn't come during that day, maybe you could join us, some other day. Hehe.. Always stay tuned with our updates ok?

 
Early morning, we busied for early preparation (Masjid Bukit Indah)


 
Our booth from front view
 
Our lovely kaftans! Also available in our website www.alkhattabbatik.com

 
 Crepe Silk with Diamonds on Top. Special from us. Available also at our website www.alkhattabbatik.com

 
New Arrival of Batik Sarong Serumpun Padi. Offer Price at our website www.alkhattabbatik.com

Various colours and designs of Jacquard & Crepe de Chine Batik Silk from AlKhattab Batik; at Masjid Bukit Indah Ampang


 
Excited. The night before Aroush Bazaar at Shah Alam. ;-D


 
 AlKhattab Batik Booth at Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
 
Front view of AlKhattab Batik booth at Shah Alam

My cousin, Hanis Razak busy entertaining our customers.


New arrival of Crepe de Chine of AlKhattab Batik. Panas, Panas ..
Baru sampai terus display di Shah Alam!


AlKhattab Batik at Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam


OUR NEIGHBORS

 


 
 English Cottons

This is the best! Ulang2 makan.

 
A lot more neighbors actually but we couldn't managed to take all of your pictures. Credit also to Femme Lab Marketing for some of the photos here. Anyway, all our booth neighbors were so fun and friendly.. Love you all!
 
Book Fiesta by PTS near the entrance of Masjid Bukit Indah, Ampang

Somehow, these among our early experience of joining booth and go LIVE with our customers offline. We really appreciate your supports. Thank you so much dear customers and fans. Pray for our success in the future!
 

Wednesday, 4 July 2012

Hikmah Bulan Syaaban dan Nisfu Syaaban

Apakah hikmah bulan Syaaban ini serta signifikan Nisfu Syaaban pada umat Islam? Mungkin masih ada antara umat Islam yang dalam kekeliruan berkenaan perkara ini, serta kurang arif akan kepentingan Syaaban dalam mempersiapkan diri kita menempuh bulan Ramadhan yang bakal mendatang.
AlKhattab Batik kongsikan sedikit informasi yang dipetik dari beberapa artikel berkenaan apa itu Syaaban, hikmah bulan Syaaban serta Nisfu Syaaban.

APA ITU SYAABAN?
Bulan Syaaban merupakan bulan selepas Rejab dan sebelum Ramadhan. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dari segi bahasa bermaksud berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya, antara yang paling masyhur adalah apabila Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W lagi, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)


MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu menurut Bahasa Arab bermaksud setengah. Nisfu Syaaban pula bermaksud setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam Nisfu Syaaban ini, sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: 
 “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”  
Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan Nisfu Syaaban. 
Sebagaimana sabda Baginda:
"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah SWT (merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman,"Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki, maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan meraka yang begini sehinggalah terbit fajar?.""

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang yg dengki.”
Hari Nisfu Syaaban juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

APAKAH FADHILAT BULAN SYAABAN?
Antara fadhilat-fadhilat bulan Syaaban serta amalan yang digalakkan adalah:
1) Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Sabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripadanya huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya sewaktu Hari Kiamat dan diwajibkan syurga buatnya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis dari Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga" (dari Kitab Al-Barakah). 
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dan mengikut sunnah Baginda dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." 

2) Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3) Bertaubat
 Kita juga diseru untuk memohon taubat dan keampunan kepada Allah SWT pada bulan Syaaban ini. Sebagaimana sabda Rasulullah yang driwayatkan dari Umamah Al Bahili, "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niat mu." Sabda Baginda lagi, "Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu." Berkata Siti Aisyah r.a, "Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah SAW ialah bulan Syaaban." Sabda Nabi Muhammad SAW lagi, "Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa."


Selain terdapat banyak hikmah dalam bulan Syaaban termasuklah Nisfu Syaaban, dalam bulan Syaaban juga terjadinya peristiwa pertukaran arah kiblat dan peperangan Bani Mustaliq. Sesungguhnya marilah kita memanfaatkan hikmah bulan Syaaban dan Nisfu Syaaban tahun ini dan rebutlah peluang yang dikurniakan Allah dalam bulan ini sebaik mungkin. Siapa tahu, mungkin Syaaban kali ini adalah yang terakhir buat kita. Waalahua'lam.

kredit artikel dan hadis dari http://hikmah.org.my

Order Form