Assalamualaikum dear all beloved customers, we have moved to a new and improved website, equipped with shopping cart and login features. All new stocks will be updated in the new website but we will also announce it in this blog.. If you wish to shop or making an order for Batik online, please proceed to our official website at www.alkhattabbatik.com. This blog will still be updated for batik information, latest offer and announcement. Thank You :-)

Thursday, 28 June 2012

Fabrik untuk Membuat Batik

Bila bercerita tentang fabrik untuk membuat Batik, apa yang paling penting adalah sama ada fabrik itu fabrik semulajadi atau buatan. Biasanya fabrik semulajadi lah yang digunakan untuk membuat Batik kerana sifatnya yang lebih reaktif / bertindak balas kepada warna semulajadi yang diletakkan ke atasnya. Contoh fabrik semulajadi adalah fiber tumbuhan dan fiber haiwan.


Apa itu Fiber Tumbuhan?
Kapas, rami, linen

Apa pula Fiber Haiwan?
Sutera dan bulu haiwan (wool)

Fabrik buatan pula adalah sejenis fabrik yang diperbuat dari campuran bahan-bahan buatan manusia (semakin hari fabrik buatan ini bertambah-tambah dan menjadi bermacam-macam jenis). Contoh fabrik buatan adalah bulu sintetik, sutera sintetik, kapas sintetik dan macam-macam lagi.

Sekiranya anda ingin memilih Batik yang berkualiti, bermutu tinggi dan tahan lebih lama untuk dipakai, eloklah anda memilih jenis Batik yang menggunakan fabrik semulajadi. Contohnya Batik yang dilukis di atas kain kapas (cotton) seperti batik sarung, kaftan dan kain pasang.

Anda juga boleh memilih fabrik untuk membuat Batik seperti fabrik sutera kerana ianya lebih cantik dan juga berkualiti tinggi. Sutera Batik ini terdiri daripada Jacquard, Crepe de Chine, Satin dan Viscose Rayon. Sutera Batik bukan sahaja cantik dan tahan lama malah ianya tidak pernah lapuk dek zaman sejak dari zaman Batik dari negeri China dihasilkan.

Walaubagaimana pun antara kapas dan sutera, pastilah sutera Batik lebih mahal, betul kan? Ini kerana sutera mempunyai sifat kurang menyerap warna berbanding kapas. Jadi, untuk membuat Batik di atas sutera ia memerlukan sejenis warna khas (yang lebih mahal) supaya warna tersebut dapat diserap dengan baik. Ia juga akan memberi kesan yang cantik dan kekal lama pada fabrik untuk membuat Batik tersebut.

Jadi, sekiranya anda ingin mengenal pasti sama ada Batik yang anda miliki adalah yang berkualiti tinggi, bermutu serta tahan lama, anda boleh meneliti sama ada Batik anda itu dari fabrik semulajadi atau buatan? Fabrik semulajadi lebih mahal, lebih lembut dan lebih selesa dipegang. Manakal fabrik buatan biasanya lebih murah, kurang selesa dipegang dan teksturnya mudah pecah setelah beberapa lama dipakai.

Oh, satu tips tambahan untuk anda mengetahui samada pakaian anda diperbuat dari fabrik semulajadi atau buatan. Fabrik semulajadi akan hangus apabila dibakar dan menghasilkan abu halus, fabrik buatan pula hanya akan cair apabila dibakar sehingga menjadi seperti butiran hitam (seperti plastik yang terbakar). Diingatkan jangan cuba tips ini sekiranya anda belum bersedia mengorbankan salah satu pakaian anda.:-)

0 comments:

Post a Comment

Order Form