Assalamualaikum dear all beloved customers, we have moved to a new and improved website, equipped with shopping cart and login features. All new stocks will be updated in the new website but we will also announce it in this blog.. If you wish to shop or making an order for Batik online, please proceed to our official website at www.alkhattabbatik.com. This blog will still be updated for batik information, latest offer and announcement. Thank You :-)

Monday, 15 July 2013

Batik Shawl - Azzahra Shawl 1st time in AKB

Assalammualaykum.

First time in AKB. Bring to you the exclusive Batik shawls with block-printed Batik made in the Home of Malaysian Batik, state of Kelantan.

AKB brings you, no more typical, old-designed batik but UPDATED, ELEGANT and REFRESHING Batik designs.

To shawls lover, this is the time for you to try the very comfortable, light, elegant and exclusive design of these Batik Shawls.

Only till the end of  this Ramadhan month, you can enjoy BOUNCE-BACK SALE. To make your order now, visit our website www.alkhattabbatik.com and click Muslimah Apparels>Azzahra Shawls (you also can click SCARF & SHAWL at your right hand side in this blog)     OR    you also can make your order through our FB page at www.facebook.com.alkhattabbatik

Wednesday, 10 July 2013

Salam Ramadhan 1434H

Mari tingkatkan amalan kita, jauhkan diri dari maksiat. Sabar, banyakkan membaca Al-Quran, bersedekah dan berbuat amalan baik.

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

إِذَا جَاءَ رَمَضَان فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِين

“Apabila datang Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu.”

Ramadhan Kareem

Friday, 21 June 2013

AKB di Karnival Mahabbah IKIM bermula 21 - 23 Jun 2013, 9 am hingga 11 pm


Temui AKB hari ini bermula pukul 9 am sehingga 11 mlm di Tapak Bazarena (bersebelahan Stadium Melawati Shah Alam, Opposite Tesco & Belakang Giant) sempena Karnival Mahabbah IKIM yang akan berlangsung dari 21 Jun hingga 23 Jun 2013.. Booth kami M56, bersebelahn MyJubah.com, dekat booth Syazara. AKB dkt corner, opposite Nasi Ayam Penyet. :) Warga Shah Alam & seluruh lembah Klang, pakat mari ramai-ramai deh!

Friday, 7 June 2013

Kongsikan Maklumbalas

Assalammualaykum
AKB mengalu-alukan maklumbalas dari sisters dan brothers semua.. tentang setiap produk yang sis dan bro pernah beli dari AKB.
AKB menekankan juga pelanggan yang telah memiliki Jubah Batik AKB dan Azzahra Batik Shawl untuk kongsikan feedback sis di FACEBOOK page AKB, www.facebook.com/alkhattabbatik.
Siti menggayakan Azzahra Batik Shawl sambil menunjukkan Jubah Batik AKB.. Please share your feedback ya sisters.. :-) Love it so much.. Thank you..

Monday, 3 June 2013

Potongan Harga sehingga 60% untuk Habiskan Stok + FREE SHAWLS + FREE POSTAGE

Assalammualaikum.

Bermula 3 Jun 2013 sehingga 5 Jun 2013, AKB buat promosi diskaun sehingga 60% untuk Batik Crepe, Batik Sarong dan Batik Thai. Anda hanya perlu ke FB page AKB, www.facebook.com/alkhattabbatik sekarang sebab promosi hanya di FB saja. Kalau anda semua ke website kami pulak, anda hanya akan nampak Normal Price, jadi digalakkan anda ke FB page kami, terus order dengan comment atau pm AKB.
Pelanggan bertuah juga akan dapat FREE Shawl dari AKB bagi setiap pembelian.
Setiap pembelian Batik Crepe, Batik Sarong dan Batik Thai juga akan dihantar kepada pelanggan dengan FREE POSTAGE. So tunggu apa lagi? LIKE FB page AKB sekarang di www.facebook.com/alkhattabbatik dan shopping. Yeahh..!! :-)
Offer sehingga 5 Jun sahaja tau...

FREE SHAWLS awaits you all for every of your purchase. Only for the lucky customers!

Saturday, 1 June 2013

AKB di RTM Angkasapuri

Assalammualaikum


For the first time. AKB had opened our booth at RTM Angkasapuri on 31st May 2013.. Enjoy the show..




FREE Shawls untuk pelanggan AKB :-)

Siti menggayakan Azzahra Batik Shawl dan pose dengan Batik Jubah AKB. Soon to be updated in our website.... Stay tuned..

Tuesday, 28 May 2013

AKB di Program Syariat itu Mudah, Kahwin itu Indah

Assalammualaikum

AKB kongsikan gambar-gambar sepanjang kami buka booth di program SIMKII anjuran Assohwah Events pada 26 Mei yang lepas. Best sangat sebab Prof Dr Muhaya dan Ustaz Don banyak kongsikan tips, nasihat, pengalaman dan idea bagi kita muslim dan muslimah untuk kita aplikasikan dalam kehidupan khususnya rumahtangga.

Prof Muhaya pesan, sentiasalah kita bersyukur. Bangun pagi, lihat sekeliling, ucap syukur pada Allah atas nafas yang diberi, oksigen, katil, bantal, baju, makanan, air, anak-anak, isteri, suami, kereta, rumah, tv dan every single thing. Ucap syukur, say it.

Oh, lupa nak beritahu. Ini kali kedua AKB berkolaborasi dengan Galeri Muslimah Impian Mimihttp://myjubah.com/  Pertama kali pulak kami semua berkolaborasi dengan Ku-Kiss Kitchen.


AlKhattab Batik - Batik Muslimah Online Pertama di Malaysia..Alhamdulillah


Deretan pelbagai pilihan kaftan Batik AKB

Peserta seminar

Siti AKB dan Kak Syu (boss Ku-Kiss Kitchen) berbual-bual sambil kunyah choco chips. Sedappp....

Peserta seminar lagi.. Panjang beratur..

Ruang meniaga kami

AKB pun tumpang mendengar ceramah dari Ustaz Don


600+ peserta menghadiri seminar ini

Saturday, 18 May 2013

Program Syariat itu Mudah, Kahwin itu Indah -- Prof Dr Muhaya dan Ustaz Don Daniyal

Assalammualaikum semua..


Insha Allah, pada 26 Mei ini AKB sekali lagi akan bertemu dengan anda... Kali ini AKB akan turut serta di booth niaga sempena program anjuran As-Sohwah, 'Syariat itu Mudah, Kahwin itu Indah'..

Pengisian yang bakal dikongsikan oleh ahli panel yang memang kita paling sukalah, siapa lagi kalau bukan Prof Dr Muhaya dan Ustaz Don Daniyal.. Haaaa, mesti ramai yang teruja lepas baca ni kan..? Especially kepada pasangan bakal, belum atau pun sudah berkahwin...

Cepat-cepat, mungkin masih belum terlambat untuk daftar...

Sambil kita menuntut ilmu, jangan lupa singgah di booth AKB juga ya..? Ada Azzahra Batik Shawl dan juga favourite jubah batik muslimah dari AKB.. Design terbaru.. Kalau nak tengok, try dan beli, datang ramai-ramai 26 Mei ini di Institut Latihan, DBKL, Bdr Tun Razak KL ok? Hehe... :)

Sekitar Program Muslimah In-Trend, Dewan Tabung Haji

Assalammualaikum semua.. AKB kongsikan gambar kenangan sewaktu Program Muslimah In-Trend yang berlangsung 12 Mei lepas. Sorry sangat-sangat sebab AKB agak sibuk kebelakangan ni, jadi jarang juga boleh update blog. Apa-apa pun, layari laman facebook kami, www.facebook.com/alkhattabbatik untuk mengetahui update / perkembangan terbaru kami ya..?

Layannn dulu gambar di bawah (maaf banyak-banyak kalau ada si gadis manis berbaju merah yang sibuk tu..hihi.... :)




Azzahra Batik shawl khas dari AKB

Batik Cotton AKB

Siti AKB bersama Cik Puan Heliza Helmi. Waah, beza tak saya dgn Heliza?..hihi.. 
(oh,iya..Siti pun menggayakan Azzahra Batik Shawl AKB)

Bertemu kembali setelah bertahun tak ketemu dengan Sis Wardina Safiyyah.. Rindunyee..

Saturday, 11 May 2013

Temui AlKhattab Batik di Seminar Muslimah In-Trend - Inspirasi & Aspirasi Bidadari Dunia

Assalammualaikum semua


Mohon maaf berbanyak-banyak sebab dah terlalu lama AKB tak update blog ini. Maklumlah, Siti dan Anas baru saja mendirikan rumahtangga, jadi banyak juga perkara-perkara yang harus diselesaikan. Walaubagaimanapun, setiap perkembangan AKB sentiasa di 'update' facebook page kami www.facebook.com/alkhattabbatik.

Jadi entri kali ini, untuk kongsi informasi dengan anda semua. AKB akan menemui anda di jualan perkarangan sempena Seminar Muslimah In-Trend - Inspirasi & Aspirasi Bidadari Dunia pada 12 Mei 2013 ini berlokasi di Dewan Tabung Haji, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur... Seminar anjuran Telaga Biru Training  ini akan berlangsung dari Jam 9.00 Pagi - 6.00 petang..

AlKhattab Batik insha Allah pertama kali akan bawakan kepada anda, khususnya wanita Muslimah Batik terbaru kami, iaitu Batik Muslimah kontemporari yang patuh syariat serta rekaan terkini sesuai dengan trend Batik segar yang lebih sederhana.

Jangan  lupa ya? Besok, 12 Mei 2013 di Dewan Tabung Haji bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, Seminar Muslimah In-Trend. Antara selebriti yang bakal hadir adalah Wardina Safiyyah dan Heliza Helmi.

Oh iya, kepada sesiapa yang ingin daftar last minute, mungkin boleh hadir sahaja sebelum 9 pagi itu, kerana pembayaran boleh dibuat sebelum pendaftaran. Antara butiran seminar :

INPUT SEMINAR
- Kenali Diri Serlahkan Pesona
- Komunikasi Anggun Bidadari
- Bicara Selebriti Hijrah : Berubah atau Rebah
- Fesyen Show : Tiru Macam Saya   - Antara Trend dan Syariat
- Idolaku Khadijah, Aisyah & Fatimah

Yuran  :RM90.00 seorang (pelajar IPT & 50 peserta pertama dewasa)          
RM150.00 seorang (pembayaran sebelum 30 April 2013)          
RM250.00 seorang ( pembayaran dari 1 Mei 2013)

Alumni TBTC layak mendapat diskaun 10% dari harga normal RM250.00 seorang

Tarikh tutup pembayaran : Pembayaran mesti dibuat sebelum daftar.
Hubungi 03-6274 2424 untuk sebarang pertanyaan. :)


Thursday, 24 January 2013

Ya Rasulullah.. Salam buat mu


Showed me right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH 


Tuesday, 8 January 2013

New Updates for 2013

Assalammu alaykum.

What a blink of eyes? Today is already 8th of January. We have forgotten to wish you all a happy new year 2013. Anyhow, we never forget you, that's definite.

How are you all doing today? AlKhattab Batik prays that we are together always in a very good condition, go through this challenging life with the rahmah & barokah from ALLAH SWT.

Oh, living in this life full of colors, make us thinking and always deciding what should we bring to you all, for our next updates?

Definitely, colors, colors and colors

 

We have several plans for you all, throughout this 2013. Only that it is a SURPRISE and exclusively special.
p/s : All of our dear customers, what  is/ are exactly your FAVORITE color(s)?

Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Salam Alaykum

Sebentar saja lagi, kita bakal menjejakkan langkah ke tahun yang baru. Sempena tahun baru Maal hijrah 1434 ini AlKhattab Batik ingin ajak kita semua sama-sama refresh kembali sejarah penghijrahan Rasulullah SAW, Nabi Junjungan besar kita dan dek kerana penghijrahan bagindalah bermulanya perkembangan Islam ke serata dunia, termasuk Tanah Melayu.

Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda:

المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ

Yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam makna lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat yang lain seperti mana firman Allah:

فَآمَنَ لَهُ لُوطٌ وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Yang bermaksud: “Setelah Nabi Lut beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Ankabut, ayat 26).

Di samping Nabi Ibrahim, Nabi Musa juga diarahkan berhijrah kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda. Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa ke tempat Madyan, atas cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa. Selain Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, Nabi Noh juga diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.

Bagaimanapun dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa ini berlaku pada 632 Masihi disebabkan beberapa faktor antaranya ancaman daripada kaum Quraisy terhadap umat Islam. Malah, beberapa bulan sebelum hijrah, Rasulullah turut dihina penduduk Thaif yang angkuh dengan dakwah baginda. Justeru, bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah mengarahkan pengikut baginda keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali Yathrib).

Suatu hari pada 622SM, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah diberitahu bahawa kaum kafir Quraisy Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Lalu Allah menurunkan wahyu memerintahkan baginda meninggalkan Madinah waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat, Abu Bakar as-Siddiq dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan berkenaan. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib supaya menggantikan tempat tidur baginda.

Pada malam itu, sekumpulan Quraisy mengepung rumah Rasulullah dengan niat mahu membunuh baginda. Selepas mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang lelaki sedang tidur di atas katil Rasulullah. Lalu, mereka begitu yakin bahawa Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan hampir pasti dapat membunuh baginda.

Bagaimanapun, apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali yang tidur di tempat berkenaan.Akibatnya, kaum Quraisy terpinga-pinga memikirkan bilakah Rasulullah keluar dari rumah berkenaan. Bagaimanapun, kaum Quraisy tetap mahu membunuh baginda dan mereka bersepakat mencari segenap pelusuk bagi menyempurnakan niat jahat itu. Rasulullah dan Abu Bakar keluar dari Makkah pada malam itu dan tidak ada sesiapa yang mengetahui arah tujuan mereka serta tempat persembunyian baginda kecuali Aishah dan Asma’ serta orang gaji mereka, Abdullah.

Ketika hendak meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, baginda s.a.w. pernah berkata: “Demi Allah wahai Makkah! Sesungguhnya engkau adalah tanah yang paling kucintai di bumi Allah ini sekiranya pendudukmu tidak mengusirku keluar.” Selepas itu, baginda dan Abu Bakar bertolak ke Gua Thur, tidak jauh dari bandar Makkah. Ada riwayat menyatakan baginda ke sana pada 27 Safar.

Setiba di Gua Thur, Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi di situ selama tiga hari. Dalam saat getir itu, kaum Quraish masih mahu membunuh baginda. Mereka menghampiri gua berkenaan tetapi gagal menemui Rasulullah di situ. Mereka berpendapat, gua itu tidak berpenghuni selepas melihat sarang labah-labah yang masih elok menutupi kawasan berkenaan. Selepas kaum Quraisy beredar, Rasulullah dan Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan menaiki unta yang dibawa orang gaji mereka, Abdullah.

Kaum Quraisy di Makkah kian marah dengan kehilangan Rasulullah. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap baginda. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah, Rasulullah dan sahabat tiba di perkampungan kaum Bani Sabin. Penduduk di situ menyambut rombongan baginda dengan gembira.

Selepas sekian lama, Rasulullah dan sahabatnya akhir merasakan bakal menemui kejayaan. Ketika Rasulullah dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan baginda. Malah, penduduk Madinah yang baru memeluk Islam gembira untuk menemui Rasulullah.

Maka, pada Jumaat, Rasulullah akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Ada riwayat menyatakan baginda sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awal. Ketika itu, kaum Muslim keluar menyambut baginda. Rasulullah menunaikan solat di masjid di Lembah Ranuqna, tempat umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Sebaik sampai ke Madinah, Rasulullah mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dengan golongan Ansar berdasarkan firman Allah:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

Yang bermaksud: “Hanya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Juga berdasarkan sabda Rasulullah:

المُسْلَمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَثْلِمُهُ، مَنْ كاَنَ فيِ حاَجَةِ أَخِيْهِ كاَنَ اللهُ فيِ حاَجَتِهِ

Yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim lain; dia tidak menzaliminya dan tidak boleh mengaibkannya. Dan sesiapa menunaikan hajat saudaranya, Allah tetap akan menunaikan hajatnya pula.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda juga membina Masjid Nabawi. Tempat itu asalnya adalah sebuah dusun kurma kepunyaan Bani Najjar yang diwakafkan untuk tujuan berkenaan. Rasulullah menyegerakan pembinaan masjid di Madinah adalah untuk dijadikan pangkalan bagi sebuah negara baru yang ditegakkan baginda. Di sinilah segala kegiatan masyarakat dijalankan. Sesungguhnya, hijrah Rasulullah bersama sahabat baginda bukan bertujuan melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa, tetapi kerana suatu tujuan yang lebih besar yakni meneruskan perjuangan ke arah mendaulatkan agama Islam.

Sempena kedatangan tahun yang baru ini, marilah kita sama-sama membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun. Salam Maal Hijrah 1434

 

credit : http://masjidputraperdana.blogspot.com
 

Sunday, 11 November 2012

Kaftan Syamira Bertali - Sikitnya?

Salam Alaykum

Apa khabar anda semua? How are you all? Saya menulis entri ini pada hari Ahad yang agak kurang sibuk dan kebetulan sedang bercuti mid-semester. Jadi, memang relaks sikitlah jadual AlKhattab Batik. Cuti seminggu saja, jadi memang kena pandai-pandai manfaatkan masa relaks ni. :D

Mesti ada customers dan anda yang lain tertanya-tanya, kenapa Kaftan Syamira bertali ada 3 pilihan saja? Sebenarnya, AlKhattab Batik nak cuba dengan anda, adakah anda suka Kaftan design dengan cutting begini. Kaftan Batik Syamira bertali ni agak unik sedikit sebab jahitannya tak seperti kaftan batik lengan panjang biasa. Cutting lehernya yang berbentuk 'V' dan ada sedikit jahitan kelim berserta piping di antara dada dan pinggang memberi satu kesan potongan loose dan anggun jika anda gayakan dengan kasut tumit tinggi.

Saya tak segan-silu :D untuk syorkan anda memakai Kaftan Batik Syamira Bertali sewaktu jalan-jalan keluar, ke taman permainan, supermarket. Kaftan Batik Syamira ini juga juga amat bagi customers yang mementingkan keselesaan kerana kaftan ini sangat sejuk dipakai dan yang paling penting menutup aurat ketika keluar dari rumah. :-)



Pendapat peribadi saya, Kaftan Batik Syamira Bertali adalah kaftan yang paling sesuai untuk anda yang carikan kaftan muslimah yang selesa dan berbaloi untuk dibeli. Affordable dan cantik tau... :D

Nak cuba, kunjungilah website kami www.alkhattabbatik.com sekarang.

Saturday, 3 November 2012

SPECIAL: Kaftan Syamira Bertali LIMITED EDITION

Salam Alaykum everybody


We also bring you the SPECIAL EDITION Kaftan Syamira (Kimono Style with Strings at the Back "Bertali") 

With 3 different choices for you to choose, you can make your order at our website www.alkhattabbatik.com


 


Stocks are limited. Hurry grab yours now! Only at www.alkhattabbatik.com

ANNOUNCEMENT : New Arrival of Kaftan Syamira

Salam Alaykum everybody

We want to announce to you all the arrival of latest designs of our Long Sleeves Kaftan Batik, Kaftan Syamira. This time we introduce a lot of new designs of Kaftan Batik where we focus more on the long sleeve Kaftan Batik. A lot of lovely colours that you can choose. We also accept customer who wants to purchase in bulk quantities. We already uploaded Kaftan Syamira in our website www.alkhattabbatik.com

 



This kaftans come in standard length with very beautiful designs.. Don't miss your chance to grab one NOW! To get more information and details about the Kaftans, visit our website www.alkhattabbatik.com.

Thursday, 25 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 1433

AlKhattab Batik mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia... 

Kepada umat Islam yang berpeluang menjalankan ibadah Haji tahun ini, insyaAllah semoga mendapat Haji yang mabrur.. 

Kepada umat Islam yang berada di mana saja, yang sedang menyiapkan sedikit sebanyak persiapan Aidiladha besok dan macam-macam lagi, semoga amalan, persiapan dan niat kita dihitung Allah sebagai ibadah bagi mendekatkan diri kita dengan-Nya. 

Bagi yang memandu, hati-hati ya? :D

Tuesday, 23 October 2012

Wholesale Batik at AlKhattab Batik

Salam Alaykum

AlKhattab Batik accept orders in bulk quantity for Batik especially batik sarong, kain pelikat, batik silk, kaftans and scarves.

We can offer wholesale price whenever your order is MORE THAN 20 PCS of Batik Sarong and Kain Pelikat. You also can enjoy wholesale price if you buy kaftan MORE THAN 10 PCS and batik silk (crepe) MORE THAN 3 PCS.

We encourage anyone who wants to be our retailer / distributor based anywhere in Malaysia and we are pleased to have retailers/distributors from outside Malaysia for Batik Sarong, Kain Pelikat and Kaftans.

We also will support those who wants to start business in Batik and will give you best price if buy from us in bulk quantity.

To the event organizers or anyone who wish to have supply for Batik (Batik Sarong, Kain Pelikat, Kaftans and etc).  in their events such as 'Majlis Tahlil', 'Wedding Reception', Akikah, Batik Events, Art Craft Events, Tourist Entertainment Events and even make the Batik as gifts or presents to the special ones, you also can contact us to get the best price for the Batik and make your events more special, colorful and meaningful.

 
Batik will colour your life

Alhamdulillah, today we already shipped out Batik Sarong and Kain Pelikat to our lovely customers.

 
Kain Pelikat shipped to Sarawak

Batik Sarong shipped to Hong Kong

We will give best service to all our customers. Customers satisfactions are our priority.  :-) Email us now at alkhattab.batik@gmail.com.

Saturday, 20 October 2012

New Arrival of Batik Sarong Serumpun Padi

Good Day everyone..

BATIK SARONG SERUMPUN PADI has just arrived..........

Don't miss it!.. :D To order, just go to the website of AlKhattab Batik www.alkhattabbatik.com

Thank you so much all! 




 Come in 3 designs with VERY BEAUTIFUL NICE COLOURS! Only at www.alkhattabbatik.com

Tuesday, 16 October 2012

Malaysian Batik

Malaysian Batik is batik textile art of Malaysia existing in almost all states in Malaysia. The most popular motifs used by batik artists include leaves, flowers and abstracts. 


Malaysian batik is mostly large floral motifs, light and vibrant in coloring. Malaysian batik depicting humans or animals are rare because Islamic practices forbid animal images and other pictures which are against sharia as decoration. 

The Malaysian batik is also famous for its geometrical designs such as spirals. The method of Malaysian batik making is also quite different from those of Indonesian batik.







Batik was mentioned in the 17th century Malay Annals. The legend of Batik goes when Laksamana Hang Nadim was ordered by Sultan Mahmud to sail to India to get 140 pieces of serasah cloth (batik) with 40 types of flowers depicted on each. Unable to find any that fulfilled the requirements explained to him, he made up his own. On his return unfortunately, his ship sank and he only managed to bring four pieces, earning displeasure from the Sultan.


For men, Batik can be worn at dinner functions. Even the ladies wear the fabric as formal dress, combining batik with modern fashion. The Malaysian government encourages civil servants to wear batik every Thursday of the week.



 
 
 

 


 
  

 

 


 


 


Thank you to Malaysian Textile Museum and http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_batik. Interested to try our magnificent Malaysian Batik, visit our website now at www.alkhattabbatik.com

Order Form